6 September 2010 - 19:30

Tokoh terkemuka pembangkang Syiah mencela dasar diskriminasi kerajaan Bahrain terhadap majoriti penduduk Syiah sambil mendesak referendum terhadap perundangannya.

Agensi Berita Ahlul Bait- "Apa yang dilaungkan oleh rakyat sejak 70-80 tahun lalu ialah kehidupan yang harmoni antara satu sama lain di bawah undang-undang", kata Saeed al-Shahabi, aktivis keamanan Pergerakan Kebebasan Bahrain yang berpejabat di London.

Di dalam wawancara bersama Press TV Ahad lalu, beliau menyeru kepada kerajaan Bahrain untuk menghentikan politik nasionalisme dan korupsi pemerintahan beraja.

Sabtu lalu pengadilan Bahrain berkata mereka akan mendakwa lebih dari 20 orang pemimpin pembangkang Syiah yang merancang ingin menggulingkan kerajaan monarki setelah penangkapan bulan lalu.

Sekitar 200 penunjuk perasaan anti kerajaan telah ditangkap di Bahrain dalam siri penangkapan negara itu sejak Ogos lalu.

"Kami mahukan perundangan referendum yang telah ditulis oleh rakyat untuk rakyat, dan diluluskan oleh rakyat di dalam referendum". kata al-Shahabi.

Pembangkang menolak pengiktirafan kanun 2002 yang membawa kepada pemulauan pilihanraya parlimen pada 23 Oktober nanti.

Penduduk majoriti Syiah di negara itu telah lama mengadu didiskriminasikan dalam pengambilan pekerjaan dan perkhidmatan oleh kerajaan domonasi Sunni.

Kumpulan hak asasi manusia telah menyuarakan situasi tersebut sambil mendesak Bahrain menyiasat dakwaan aktivis pembangkang bahawa mereka telah disiksa dalam tahanan.